Monday, July 26, 2010

Belum ada rezeki kami lagi...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu..


Alhamdullillah, tinggal 2 minggu lagi bulan ramadhan akan menjelma..Ini bermakna kumpulan kompang Sinaran Mas akan berehat selama 2 bulan dan bermain kompang di rumah jiran awal Oktober 2010...


Hari ini firadila nak berkongsi sedikit mengenai kompang ni...Sebenarnya hari Khamis lepas firadila mendapat surat dari karangkraf Kuala Lumpur melalui Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan mengenai pertandingan kompang sempena Kerja Kahwin 2010 di Kuala Lumpur.


Niat kat hati ni nak hantarlah pasukan kami untuk bertanding...tapi sedih sangat-sangat sebab tarikh tutupnya pada keesokan hari. Mana sempat firadila nak uruskan..tapi tak pe..mungkin belum rezeki firadila lagi...bagaimanapun, insyaallah, tahun depan ada rezeki kami untuk masuk bertanding...


Senyum dan ceria selalu...

Tuesday, July 20, 2010

Jadual bulan Julai telah penuh...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu,

Alhammdulillah...setelah setahun lebih kumpulan kompang SinaranMas ini ditubuhkan...rezeki kami sentiasa ada..

Hampir setiap bulan jadual kami sentiasa penuh. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana sentiasa memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk memeriahkan majlis tuan sekalian...

Bulan Julai ni jadual kami telah penuh...tinggal 3 minggu lagi sebelum ramadhan tiba. Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang ingin mengundang kami untuk bermain kompang dirumah tuan-tuan dan puan-puan, sila lah buat tempahan awal. Bukannya apa...takut bertindan jadual sahaja...kalau boleh kami pun tidak mahu menghampakan niat tuan ni..wah...

Senyum dan ceria selalu..

Wednesday, July 7, 2010

Tahniah kumpulan kompang tok guru...

Assalammualaikum pembaca blog kompangdipalu,

Disini firadila ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada kumpulan kompang tok guru firadila iaitu tok long kerana berjaya menjadi Johan dalam pertandingan kompang baru-baru ini.

Firadila berasa bangga sangat di atas kejayaan kumpulan kompang tok long. Semoga kumpulan kompang ini akan terkenal diseluruh dunia...

p/s : Doa kan kumpulan kami untuk masuk bertanding tahun hadapan ye..hehehe..

Senyum dan ceria selalu..

Tuesday, June 15, 2010

Jadual bulan Jun penuh...

Jadual undangan kumpulan kompang Sinaranmas untuk bulan Jun 2010 telah penuh. Sila buat tempahan awal...Yang pasti kami tidak akan mengecewakan anda sebagai tuan rumah...

Sunday, February 7, 2010

Bulan Februari 2010 penuh dengan jemputan

Assalammulaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu,

Kumpulan kompang Sinaranmas semakin dikenali di Negeri Sembilan. Target kami tahun 2010 ni kami ingin bermain kompang atau mendapat tawaran jemputan di luar negeri sembilan samada di Melaka atau di KL, Shah Alam..

Baiklah, Bulan Februari 2010 ni jadual kami penuh dengan undangan bermain kompang. Terima kasih kepada semua tuan rumah kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk bermain kompang dirumah tuan-tuan semua.

Banyak pengalaman yang kami dapat semasa memeriahkan majlis tuan-tuan semua. Terima kasih sekali lagi.

Sekiranya pembaca blog kompangdipalu inginkan pasukan kompang, jangan segan-segan hubungi kami.. di talian 06-4961750 (En. Maaz - Pengasas kumpulan kompang Sinaranmas)

sekian,
firadila