Thursday, July 16, 2009

Menerima Undangan di Nilai 3

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu..

Dah lama betul firadila tak update kat blog ni...dah masuk bulan Julai dah...sebenarnya kami sentiasa sibuk dengan pelbagai undangan bermain kompang...dah bermacam-macam majlis yang kami sertai..ada yang buat majlis untuk berkhatanlah dan sebagainya..

Baiklah, bulan Ogos iaitu pada 9.8.2009 nanti kami telah mendapat undangan bermain kompang di Nilai 3 di Nilai Perdana...kepada pembaca blog kompangdipalu yang mahu melihat kehebatan kami bermain kompang nanti boleh lah datang ke Nilai 3 ni...

Sebelum itu, firadila ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah En. Fadzil kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk memeriahkan majlis perkahwinan anak anda...

Senyum dan ceria selalu..
firadila