Tuesday, April 21, 2009

Penuhi undangan bulan Mei dan Jun...


Assalammualaikum pembaca blog kompangdipalu..

Sekarang ni kumpulan kompang Sinaranmas sedang buat persediaan supaya kumpulan kami semakin mantap...

Bulan Mei dan Jun, jadual kami setiap minggu penuh dengan undangan bermain kompang....bermain di Pasoh 3 dan di luar pasoh 3....Terima kasih kerana sentiasa memberi kepercayaan kepada kami untuk memeriahkan majlis anda...

Kepada sesiapa yang ingin menggunakan khidmat kompang kumpulan Sinaranmas, jangan malu dan segan untuk membuat tempahan kerana harga yang kami tawarkan amat berpatutan...hubungi en. Maaz di talian 06-4961750..

Senyum dan ceria selalu..

Thursday, April 2, 2009

Kumpulan Kami Berwajah Baru...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu,

Dah lama firadila tidak memaparkan aktiviti kami yang terkini. Sebenarnya kumpulan kompang Sinaranmas telah menerima banyak tempahan mulai Mac hingga April ini. Setiap minggu penuh sahaja jadual kami untuk memenuhi undangan bermain kompang...cuma firadila je yang tak dapat nak hadir sebab sibuk dengan belajar...

Walau bagaimanapun, disini firadila sertakan gambar terbaru kumpulan kami ini...wah ada pakaian seragam pula..Sebenarnya, pakaian ni atas alternatif kami sendiri...tiada bantuan dari sesiapa pun..yang penting semangat tu ada..hehehe..

Warna biru dan putih dan tundung putih (wanita). Tengah berkumpul untuk membaca doa di rumah pengasas kompang SinaranMas. (Sila klik gambar untuk kelihatan jelas).

Pengasas kumpulan kompang Sinaranmas tengah bagi nasihat dan kata-kata semangat..Yang si kecik tu pelapis kumpulan kami..(Sila klik gambar untuk kelihatan jelas).


Bagi lelaki pula warna biru gelap kotak-kotak halus. Gambar ni sewaktu bermain di rumah Wak JJ..(Sila klik gambar untuk kelihatan jelas).

Sebelum memulakan acara..wah bersemangat tekong tu nampaknya..(Sila klik gambar untuk kelihatan jelas).

Jadi, sekiranya anda ingin menjemput kami untuk bermain kompang di rumah anda atau dimajlis keraian..jangan malu dan segan kerana harga yang ditawarkan memang berpatutan...Hubungi kami 06-4961750 (Maaz)..


Senyum dan ceria selalu..
firadila