Tuesday, January 27, 2009

Kompang Yang Bersemangat..

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompangDipalu....

Bagaimana keadaan anda sekarang...ialah sekarangkan cuti sekolah. Ada yang mengikut keluarga pergi bercuti dan tak juga menjadi orang yang penting di dalam kenduri kendara sekarang ni....

Ahad lalu firadila ada menyertai kumpulan kompang Sinaranmas. Kami bermain di Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan..Bersemangat sungguh kami bermain. Sehingga tak melihat kiri kanan. Kami bermain begitu asyik sekali...Masing-masing bersemangat sungguh ingin menunjukan skill masing-masing...Baiklah sebenarnya kumpulang kompang kami ni baru sahaja ditubuhkan pada 26/11/2008....masa tu kami langsung tak ada skill bermain kompang. Setelah perbincangan dibuat, ayah firadila tekad untuk mencari tok guru yang sudi mengajar kami bermain kompang...

Sehinggalah pada 21/12/2008 tak sampai sebulan kami berlatih, kami telah terima tempahan pertama dari luar kawasan Felda Pasoh 3...dengan keyakinan yang ada dan sikap percaya kepada diri sendiri, akhirnya berjaya juga kami buat yang terbaik untuk kumpulan kompang kami....Oh ya..kumpulan kompang ini mendapat pujian dari tuan rumah...tersenyum lebar bila melihat kami bermain dengan bersemangat..

Terima Kasih kepada cikgu Azhari kerana kesudian beliau mengajar kompang kumpulan kami.. Sememangnya kami semakin dikenali sekarang..Semoga kumpulan kompang Sinaranmas terus maju di Negeri Sembilan...

Senyum dan ceria selalu...
firadila

p/s : Firadila tiada gambar kumpulan kompang kami..Lain kali firadila akan attachkan disini. Kepada sesiapa yang ingin menempah untuk majlis keraian dan memerlukan khidmat kumpulan kompang Sinaranmas..Jangan malu dan segan untuk talipon ditalian 06-4961750 bercakap dengan En. Maaz. Tempahan awal amat diperlukan kerana kalendar kami sentiasa penuh...

Selamat Datang...

Assalammualaikum dan salam ceria..

Selamat datang ke KompangDipalu.....Disini anda akan dihidangkan dengan aktiviti-aktiviti menarik kumpulan kompang kami yang terkenal di Negeri Sembilan...

Senyum dan ceria selalu..
firadila