Monday, July 26, 2010

Belum ada rezeki kami lagi...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu..


Alhamdullillah, tinggal 2 minggu lagi bulan ramadhan akan menjelma..Ini bermakna kumpulan kompang Sinaran Mas akan berehat selama 2 bulan dan bermain kompang di rumah jiran awal Oktober 2010...


Hari ini firadila nak berkongsi sedikit mengenai kompang ni...Sebenarnya hari Khamis lepas firadila mendapat surat dari karangkraf Kuala Lumpur melalui Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan mengenai pertandingan kompang sempena Kerja Kahwin 2010 di Kuala Lumpur.


Niat kat hati ni nak hantarlah pasukan kami untuk bertanding...tapi sedih sangat-sangat sebab tarikh tutupnya pada keesokan hari. Mana sempat firadila nak uruskan..tapi tak pe..mungkin belum rezeki firadila lagi...bagaimanapun, insyaallah, tahun depan ada rezeki kami untuk masuk bertanding...


Senyum dan ceria selalu...

No comments:

Post a Comment