Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Telah terima tempahan sehingga bulan Disember 2011

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompang dipalu,

Tahun 2011 ni alhamdullillah...kumpulan kompang Sinaranmas telah menerima banyak undangan bermain kompang di luar kawasan luar bandar dan negeri.

Ada menerima tempahan di Pahang dan Kuala Lumpur tetapi kami memohon maaf kerana terpaksa menolaknya kerana kami telah menerima tempahan awal sebelum itu.

Kepada mereka yang berminat ingin mengambil kumpulan kompang Sinaranmas sebagai penyeri majlis anda, pastikan anda menempah selewat-lewatnya sebulan awal. Kami yakin anda berpuas hati dengan pukulan kompang Sinaranmas.

Sekian, senyum selalu...

p/s : ada yang telah membuat tempahan pada bulan Januari untuk majlis pada bulan Disember 2011...wah...terima kasih...

Monday, July 26, 2010

Belum ada rezeki kami lagi...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu..


Alhamdullillah, tinggal 2 minggu lagi bulan ramadhan akan menjelma..Ini bermakna kumpulan kompang Sinaran Mas akan berehat selama 2 bulan dan bermain kompang di rumah jiran awal Oktober 2010...


Hari ini firadila nak berkongsi sedikit mengenai kompang ni...Sebenarnya hari Khamis lepas firadila mendapat surat dari karangkraf Kuala Lumpur melalui Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan mengenai pertandingan kompang sempena Kerja Kahwin 2010 di Kuala Lumpur.


Niat kat hati ni nak hantarlah pasukan kami untuk bertanding...tapi sedih sangat-sangat sebab tarikh tutupnya pada keesokan hari. Mana sempat firadila nak uruskan..tapi tak pe..mungkin belum rezeki firadila lagi...bagaimanapun, insyaallah, tahun depan ada rezeki kami untuk masuk bertanding...


Senyum dan ceria selalu...

Tuesday, July 20, 2010

Jadual bulan Julai telah penuh...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu,

Alhammdulillah...setelah setahun lebih kumpulan kompang SinaranMas ini ditubuhkan...rezeki kami sentiasa ada..

Hampir setiap bulan jadual kami sentiasa penuh. Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah kerana sentiasa memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk memeriahkan majlis tuan sekalian...

Bulan Julai ni jadual kami telah penuh...tinggal 3 minggu lagi sebelum ramadhan tiba. Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang ingin mengundang kami untuk bermain kompang dirumah tuan-tuan dan puan-puan, sila lah buat tempahan awal. Bukannya apa...takut bertindan jadual sahaja...kalau boleh kami pun tidak mahu menghampakan niat tuan ni..wah...

Senyum dan ceria selalu..