Sunday, February 7, 2010

Bulan Februari 2010 penuh dengan jemputan

Assalammulaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu,

Kumpulan kompang Sinaranmas semakin dikenali di Negeri Sembilan. Target kami tahun 2010 ni kami ingin bermain kompang atau mendapat tawaran jemputan di luar negeri sembilan samada di Melaka atau di KL, Shah Alam..

Baiklah, Bulan Februari 2010 ni jadual kami penuh dengan undangan bermain kompang. Terima kasih kepada semua tuan rumah kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk bermain kompang dirumah tuan-tuan semua.

Banyak pengalaman yang kami dapat semasa memeriahkan majlis tuan-tuan semua. Terima kasih sekali lagi.

Sekiranya pembaca blog kompangdipalu inginkan pasukan kompang, jangan segan-segan hubungi kami.. di talian 06-4961750 (En. Maaz - Pengasas kumpulan kompang Sinaranmas)

sekian,
firadila

No comments:

Post a Comment