Sunday, February 1, 2009

Bermain di rumah en. Rajin dan Sabudin

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog kompangdipalu,

Minggu lepas iaitu 30.01.09 hingga 1.02.09 kumpulan kami begitu sibuk sekali kerana menerima undangan bermain kompang bermula dari hari Jumaat (Malam), Sabtu (Siang) dan Ahad (Siang) di dua buah rumah yang berbeza iaitu En. Rajin dan En. Sabudin..Ada beberapa gambar yang sempat firadila rakamkan di majlis perkahwinan tersebut..Yang pasti kompang kami telah mengegarkan sekitar Pasoh 3 ini..

Bacaan doa sebelum mula bermain kopang..Yang baju coklat tulah en. Maaz pengasas kumpulan kompang Sinaranmas..yang baju merah tu pewaris penubuhan kumpulan kompang Sinaranmas..yang tudung hitam tu pengasas bersama kumpulan ini..wah..hebatnya..

Nilah ahli-ahli kompang Sinaranmas..Sentiasa senyum dan gembira nak bermain kompang..


Ha..yang baju oren tulah pengajar kami..Amacam ok tak...masa ni tengah semangat tunggu pengantin berarak..tengok tu sentiasa kool dan senyum sahaja....

Ni pengantin perempuan anak en. Rajin..baru lepas terkejut sebab kami punya kompang sangat kuat..tapi tetap kool je..iyelah tak lama lagi nak jadi raja sehari..oppss...permaisuri sehari..


Gambar ni di ambil sebagai sampingan sahaja..penyanyi yang paling terkenal di Pasoh 3 ni namanya Kak Gee...memang best betul suara dia..banyak undangan menyanyi di majlis perkahwinan..

Eh..mana gambar firadila..takde pun..sebenarnya bukannya tak ada cuma sibuk mengambil gambar...lain kali firadila akan cuba mengambil gambar yang menarik seperti pelamin, pengantin, lauk pengantin, gambar tuan rumah dan sebagainya...yang bestnya di rumah en.Rajin menu istimewa kenduri ialah gulai cendawan..wah membangkit selera betul...

Kepada En. Sabudin, minta maaf sebab tak sertakan gambar disini...yang penting meriah sungguh kenduri di rumah en. Sabudin...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

No comments:

Post a Comment